dikendalikan oleh TM
MCMC
Parit Othman, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Rekreasi Dan Pelancongan


Tugu Peringatan Parit Sulong


Tugu Peringatan Parit Sulong yang terletak di kawasan Parit Sulong ini merupakan saksi kekejaman Tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua, sewaktu pertempuran yang berlaku di kawasan Muar pihak tentera Australia terpaksa meninggalkan ahli pasukan mereka yang cedera. Tentera-tentera Australia yang pada mulanya dijadikan tawanan oleh pihak Jepun ini akhirnya dibunuh beramai-ramai. Seramai 145 orang tentera Australia telah menjadi korban kepada kekejaman pihak Jepun dan hanya 3 orang sahaja yang terselamat.

Kini, sebagai memperingati akan kisah kekejaman oleh pihak Jepun tersebut sebuah tugu peringatan telah diletakkan berhampiran Jambatan Parit Sulong. Tugu tersebut boleh dilawati di koordinat GPS tersebut:-
Latitud - 1.9735735842829856
Longitud - 102.88478510647775

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

MS Cahaya Parit Sulong


Terdapat sebuah tempat yang menarik di Parit Sulong yang dinamakan MS Cahaya Parit Sulong. Ia menyatukan koleksi gerai yang biasanya menjual barangan seperti buah-buahan, makanan ringan, alat permainan dan pakaian dengan harga murah dan berpatutan. Kompleks ini juga menganjurkan menjadi lokasi untuk banyak acara seperti karnival.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

Taman Botani Johor


Taman Botani Johor terletak di Sri Medan, kira-kira 20 kilometer dari bandar Batu Pahat. Sungguhpun kurang dikenali terutama masyarakat luar, Taman Botani Johor mempunyai tarikan tersendiri terutama kedamaian tasiknya.

SEJARAH TAMAN BOTANI

Di sebalik lanskap indah yang terbentang di hadapan mata, ada sejarah yang terukir di tasik Taman Botani Johor. Ia adalah tasik buatan yang terbentuk daripada aktiviti perlombongan bijih besi lebih 100 tahun lepas. Berkedudukan setinggi 76.2 meter (250 kaki) dari paras laut, bentuk muka buminya berpaya dan ia adalah sebahagian lokasi perlombongan bijih besi yang berpusat di Sri Medan sebelum ditutup sepenuhnya sekitar tahun 1984. Hasil kekayaan bijih besi yang terdapat di Batu Pahat terutama di Sri Medan menyebabkan syarikat dari Jepun Ishihara Sangyo Koshi (ISK) datang untuk memulakan aktiviti perlombongan sekitar tahun 1918. Menurut sejarah, bijih besi yang pertama kali dibawa keluar dari Tanah Melayu ialah dari kawasan Sri Medan pada tahun 1921. Bijih besi Johor membekalkan 40 peratus daripada jumlah keseluruhan bahan mentah yang diperlukan Jepun untuk industri besi dan keluli ketika itu.

Bagaimanapun syarikat ISK menutup operasi perlombongan bijih besinya selepas Jepun kalah dalam perang dunia kedua. Aktiviti perlombongan itu kemudian diambilalih pula syarikat lain. Dianggarkan 15,000 orang pernah bekerja di lombong bijih besi yang terdiri daripada orang Melayu, India, Cina dan Indonesia ketika itu. Selain tasik, peninggalan jeti tempat kapal tongkang berhenti mengambil bijih besi juga masih boleh dilihat. Rangka binaannya kelihatan masih kukuh walaupun terbiar lama. Kapal tongkang digunakan untuk membawa bijih besi melalui sungai berdekatan iaitu Sungai Simpang Kiri sehingga ke laut Minyak Beku sebelum dipindahkan ke dalam kapal untuk penghantaran ke Jepun.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

Wet World Batu Pahat


Wet World Water Park adalah satu-satunya taman bertemakan air di daerah Batu Pahat. Taman ini dibina di kawasan berdekatan tasik Merdeka yang terkenal dimana satu ketikanya adalah sebuah lombong. Taman ini seluas 44 ekar. Antara yang menjadi perhatian di taman ini adalah pantai Wave Pool, BP tower, Big Splash, Lazy River dan Kiddie Pool untuk kanak-kanak. Aktiviti memancing dan berperahu juga disediakan di taman ini.


© Semua Hakcipta Terpelihara.