Program Sesi Ramah Mesra Yb Menteri Komunikasi Bersama Masyarakat Di Kampung Istana, Batu Pahat
10 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 9 Julai 2026, Bahagian Pembangunan, Kementerian Komunikasi telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra YB Menteri Komunikasi bersama warga Kampung Istana di Balai Raya Kampung Istana, Batu Pahat, Johor. Program ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Projek Kampung Angkat MADANI (KAM) 2026 yang memberi tumpuan kepada Teras 3: Sosial dan Kesejahteraan, dengan matlamat mengukuhkan hubungan antara kerajaan dan komuniti setempat.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program, termasuk pameran oleh NADI, Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dan Southern Volunteers, tayangan FIFA World Cup 2026, Kempen Internet Selamat mengenai pencegahan jenayah penipuan dalam talian, sesi penyerahan pelaksanaan Projek Kampung Angkat MADANI (KAM) 2026 oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, sesi ramah mesra bersama YB Menteri Komunikasi, lawatan ke tapak projek naik taraf Balai Raya Kampung Istana, Program Ziarah Kasih kepada warga emas serta aktiviti gotong-royong bersama penduduk.
Penganjuran program ini turut mendapat kerjasama daripada pelbagai jabatan dan agensi seperti Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Penerangan Negeri Johor, Pejabat Penerangan Daerah Batu Pahat, Majlis Perbandaran Batu Pahat, Pejabat Daerah Batu Pahat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Johor, MCMC Batu Pahat, NADI, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Istana serta Southern Volunteers.
Program ini diharapkan dapat terus memperkukuh jalinan kerjasama antara kerajaan dan masyarakat, di samping memupuk semangat kebersamaan serta menyokong pembangunan komuniti yang lebih inklusif selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: