NADI Cybersecurity Newsletter Ogos 2026: Memperkasa Keselamatan Siber, Melindungi Generasi Digital
8 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniNADI Cybersecurity terus komited dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan siber dan perlindungan data peribadi menerusi pelbagai program sepanjang Ogos 2026.
Antara aktiviti yang diketengahkan ialah Webinar Job Scam, Love Scam & Parcel Scam 2026 yang memberi pendedahan tentang taktik penipuan terkini, serta Webinar Data Breach Malaysia yang membincangkan risiko kebocoran kad pengenalan dan maklumat peribadi.
Selain itu, Cyber Hygiene Ogos turut memberi panduan berkaitan pemulihan data, penyusunan fail, sandaran dan langkah mengelakkan kehilangan data. NADI Cybersecurity juga terlibat dalam Program MADANI Kita 2026 Permatang Pauh x PIHEX 2026 serta Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat 2026 bagi memupuk penggunaan internet yang lebih selamat dan bertanggungjawab.
Dalam kehidupan seharian, orang ramai disarankan menggunakan kata laluan yang kuat, mengaktifkan pengesahan dua faktor (2FA), berhati-hati dengan pautan mencurigakan serta tidak berkongsi maklumat peribadi sewenang-wenangnya.
Melalui usaha berterusan ini, NADI Cybersecurity berharap dapat melahirkan masyarakat yang lebih peka, bijak dan selamat dalam menghadapi ancaman dunia digital. #LindungiDataDiri
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: