dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Parit Othman, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat (Kis) X Jelajah Orang Kampung (Jok) Daerah Batu Pahat 2026

28 September 2026 | Aktiviti Terkini

Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat (KIS) x Jelajah Orang Kampung (JOK) Daerah Batu Pahat 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 27 September 2026 (Ahad) bertempat di Dewan Orang Ramai Parit Raja (B), Batu Pahat. Program ini melibatkan penglibatan komuniti setempat serta pelbagai agensi dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penggunaan internet yang selamat, bertanggungjawab dan berhemah.

Program bermula seawal 7.30 pagi dengan sesi pendaftaran peserta, pameran agensi dan sarapan pagi. Aktiviti diteruskan dengan pelbagai pengisian komuniti dan kesedaran, antaranya sesi Saku Komuniti Parit Raja, Ziarah Kasih Komuniti Kampung Parit Raja serta perkongsian daripada agensi berkaitan mengenai pengurusan kewangan, penipuan dalam talian dan keselamatan siber.

Dalam program ini, pihak NADI turut mengambil bahagian dengan menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan asas secara percuma kepada para pengunjung. Perkhidmatan yang disediakan memberi peluang kepada komuniti untuk mendapatkan pemeriksaan asas kesihatan di samping meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan pemantauan kendiri. Selain itu, pihak NADI turut mengambil kesempatan untuk memberikan penerangan dan pendedahan kepada pengunjung mengenai NADI, perkhidmatan yang disediakan serta pelbagai aktiviti dan program yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti setempat.

Pada jam 10.15 pagi, program diteruskan dengan ketibaan tetamu kehormat yang terdiri daripada Ketua Kampung Parit Raja, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Johor serta Pengarah Kanan MCMC Wilayah Selatan. Acara rasmi kemudiannya diteruskan dengan Lagu Bangsa Johor, Lagu Negaraku, bacaan doa dan ucapan aluan oleh Ketua Kampung Parit Raja.

Seterusnya, acara diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Pengarah Kanan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Wilayah Selatan. Majlis turut disusuli dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat serta beberapa aktiviti komuniti seperti sukan komuniti, pertandingan mewarna, poster digital dan aktiviti berkaitan kesedaran penipuan dalam talian.

Program turut dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah, sesi bergambar, walkabout di pameran agensi serta penyerahan sijil kepada agensi yang terlibat. Para peserta kemudiannya menikmati kenduri rakyat sebelum program melabuhkan tirai pada jam 1.00 petang.

Secara keseluruhannya, penganjuran Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat (KIS) x Jelajah Orang Kampung (JOK) Daerah Batu Pahat 2026 telah menyediakan satu platform yang bermanfaat kepada komuniti setempat untuk mendapatkan pelbagai maklumat, khidmat nasihat serta pendedahan berkaitan keselamatan dalam talian, kesihatan dan kesejahteraan komuniti. Penglibatan NADI melalui perkhidmatan saringan kesihatan asas secara percuma serta sesi penerangan mengenai NADI turut membantu memperkenalkan peranan dan perkhidmatan NADI kepada masyarakat, sekali gus menggalakkan komuniti untuk memanfaatkan kemudahan serta program yang disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.