dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Parit Othman, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

PROGRAM MAHIR BAIKI GAJET : CARA MENUKAR LCD TELEFON PINTAR (CURVE EDITION) & WEBINAR DIGITAL EKELAS USAHAWAN : PENCIPTAAN KANDUNGAN

28 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada GIAT MARA Parit Sulong atas kesudian menyertai dua program yang dijalankan dibawah perkhidmatan pintar NADI , iaitu Program Mahir Baiki Gajet: Cara Menukar LCD Telefon Pintar (Curve Edition) dan Webinar Digital eKelas Usahawan: Penciptaan Kandungan.Seramai 37 orang pelatih dari empat kursus berbeza GIAT MARA telah terlibat.

Program Mahir Baiki Gajet: Cara Menukar LCD Telefon Pintar (Curve Edition)

Diadakan secara langsung dari Studio NADI Mahir pada jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi, program ini bertujuan memberi pendedahan intensif kepada peserta mengenai teknik profesional menukar skrin LCD telefon pintar jenis skrin melengkung. Program ini diharapkan dapat membuka peluang keusahawanan baharu serta memperkasakan lagi kemahiran teknikal dalam kalangan pelatih. Antara pengisian utama yang dipelajari peserta:

  • Teknik menukar skrin dengan cara yang mudah, cepat dan menjimatkan kos
  • Cara mengenalpasti kerosakan dan langkah pemasangan skrin yang betul serta selamat
  • Potensi menjana pendapatan melalui kemahiran membaiki telefon pintar

Webinar Digital eKelas Usahawan: Penciptaan Kandungan

Pada sebelah petang pula, terdapat 9 orang pelatih dari Kursus Teknologi Sistem Komputer telah menyertai program Webinar Digital eKelas Usahawan dari jam 2.00 hingga 3.00 petang, Webinar ini bertujuan untuk bantu para peserta untuk belajar cara hasilkan kandungan digital yang menarik dan konsisten. Program ini memberi inspirasi kepada para pelatih untuk membina kehadiran digital yang kuat dalam dunia keusahawanan moden. Antara topik utama yang dikongsikan dalam sesi interaktif ini termasuk:

  • Cara menghasilkan konten yang mampu menarik perhatian pelanggan
  • Idea kreatif dan konsisten untuk media sosial
  • Penggunaan alat bantu penciptaan kandungan secara mudah dan berkesan

NADI Parit Othman merakamkan ucapan terima kasih kepada GIAT MARA Parit Sulong atas sokongan dan penyertaan yang amat bermakna. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan dalam program-program akan datang demi melahirkan tenaga mahir dan usahawan digital masa depan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2025 Semua Hakcipta Terpelihara.