NADI KEUSAHAWANAN FASA 3
12 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniSeramai empat usahawan dari NADI Parit Othman telah dipilih untuk menyertai Program NADI Keusahawanan Cohort 3, sebuah inisiatif pembangunan keusahawanan yang dilaksanakan sepanjang bulan Mei dan Jun 2025.
Program yang terbuka kepada usahawan yang berumur sehingga 60 tahun ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan asas dalam bidang perniagaan, termasuk modul seperti model perniagaan, pemasaran, perancangan kewangan, serta pengurusan operasi perniagaan. Program ini melibatkan pelbagai kaedah penyampaian seperti video pra-latihan, podcast, webinar, dan bootcamp.
Menariknya, program ini terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu NADI X Preneur, NADI X EmpowHER dan NADI X Kidventure, yang masing-masing disesuaikan mengikut kumpulan sasaran peserta. Bagi program NADI X Kidpreneur dan NADI X Preneur, sesi latihan telah bermula pada 10 Mei 2025.
Penyertaan usahawan dari NADI Parit Othman membuktikan komitmen kami dalam menyokong usaha membina komuniti usahawan yang berdaya saing dan berilmu. Diharapkan penyertaan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada peserta, malah dapat memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi setempat.
NADI Parit Othman akan terus memberikan sokongan penuh dalam memastikan setiap peserta mendapat manfaat maksimum daripada program ini dan seterusnya dapat menyumbang kembali kepada masyarakat melalui perniagaan yang mampan dan inovatif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: