NADI x CyberSecurity : PERMAINAN ONLINE & RISIKO SIBER KANAK-KANAK SEMAKIN MEMBIMBANGKAN
30 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniKeselamatan siber kanak-kanak semakin menjadi perhatian apabila permainan dalam talian seperti Roblox, Fortnite dan Mobile Legends dilaporkan menjadi medium baharu eksploitasi oleh pemangsa siber.
Menurut laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Januari 2024, peningkatan kes eksploitasi seksual kanak-kanak telah dikenal pasti berlaku melalui permainan dalam talian, di mana pemangsa menyamar sebagai pemain biasa. Laporan turut menyebut bahawa CyberSecurity Malaysia merekodkan lebih 15,000 kes penipuan digital membabitkan pautan palsu, penyamaran identiti dan scam dalam talian sepanjang tahun lalu.
Prihatin dengan isu ini, pihak NADI x CyberSecurity tampil menyeru ibu bapa, guru dan kaunselor agar lebih peka dan terlibat aktif memantau aktiviti digital anak-anak. “Dunia digital hari ini penuh dengan perangkap tersembunyi. Kanak-kanak perlu dibimbing supaya tidak menjadi mangsa,” menurut kenyataan yang dikeluarkan.
Sebagai langkah pencegahan dan pendidikan, NADIxCyberSecurity turut menganjurkan dua sesi webinar sepanjang bulan Jun bertemakan keselamatan identiti digital dan pemahaman risiko permainan dalam talian. Acara kemuncak program bulan ini ialah pertandingan keselamatan siber “Capture The Flag (CTF) Pusingan Kelayakan” yang berlangsung hari ini, 28 Jun 2025, sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkasa kesedaran keselamatan siber dalam kalangan generasi muda.
Sementara itu, turut mengingatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya menekan pautan yang diterima melalui emel atau media sosial. Langkah berjaga-jaga seperti menyemak URL, tidak memuat turun fail dari sumber tidak dikenali dan mengaktifkan pengesahan dua faktor (2FA) adalah penting untuk elak menjadi mangsa jenayah siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: