Majlis Perasmian NADI Kampung Parit Selamat
9 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniTahniah diucapkan kepada warga NADI Kampung Parit Selamat yang telah menyempurnakan majlis perasmian NADI mereka pada 8 Mac 2025, Sabtu yang lepas. Majlis telah disempurnakan dengan sesi menandatangani plak perasmian NADI Kampung Parit Selamat oleh YB Tuan Ling Tian Soon Exco Kesihatan dan Alam Sekitar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN N.19) Yong Peng.
Majlis ini telah disambut meriah oleh penduduk sekitar. Terdapat pelbagai agensi yang turut terlibat seperti KWSP, SSM, MAXIS, PTPTN dan banyak lagi. Agensi ini telah bersama-sama pihak NADI membuka kaunter untuk membantu komuniti yang hadir untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan.
NADI dari cawangan berhampiran turut membantu dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar. Antara yang terlibat termasuk lah NADI Parit Othman, NADI Haji Ghaffar, NADI Sri Wangi, NADI Taman Nira dan NADI Sungai Nibong. Bagi pihak NADI, antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi pengenalan Perkhidmatan Pintar NADI, sesi pembelajaran webinar eKelas, webinar Tiny Techies, Saringan Asas kesihatan, membuka kaunter Klik dengan bijak dan lain-lain lagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: