Mahir : Kelas Tiramisu Viral
23 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Januari 2025, NADI Parit Othman telah mengadakan Kelas Tiramisu Viral. Ia merupakan salah satu dari program dibawah Perkhidmatan Pintar NADI. Program ini diadakan secara didalam talian melaui Youtube Live. Para peserta yang ingin mengikuti program ini, mereka boleh memilih untuk mengikuti sesi pembelajaran ini di NADI berhampiran atau dari rumah.
Tontonan dari Youtube menunjukkan lebih dari 3.5 ribu tontonan. Peserta terdiri dari komuniti berhampiran NADI seluruh Negeri dan seramai 17orang peserta dari NADI Parit Othman telah mengikuti program ini. Seramai 6 orang peserta daripada 17 orang ini telah hadir ke NADI Parit Othman untuk bersama mengikuti program ini, selain dari mengikuti kelas berkenaan, mereka turut berpeluang untuk mendaftar sebagai ahli NADI secara percuma, melakukan saringan asas kesihatan, mendaftar akaun eKelas untuk anak-anak mereka dan turut dapat penerangan mengenai perkhidmatan pintar lain yang sedang ditawarkan oleh pihak NADI.
Sesi kelas Tiramisu viral ini mengambil masa selama 1jam setangah. Peserta dibimbing satu persatu cara untuk menghasilkan Tiramisu yang sedap. Selain itu, juga turut berkongsi beberapa tips yang menarik untuk menghasilkan Tiramisu yang sedap. Pihak penganjur dan peserta turut dapat saling berinteraksi dengan mengunakan ciri-ciri ulasan yang disediakan didalam Sesi Youtube berkenaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: