Hari Keusahawanan SK Seri Rengit
9 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 8 Januari 2025, NADI Parit Othman bersama NADI Rengit Indah dan NADI Haji Ghaffar telah mendapat jemputan membuka booth penerangan mengenai NADI Smart Service sempena Program Keusahawanan di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Rengit.
Selain dari aktiviti jualan yang dijalankan, terdapat juga pembukaan booth dari pelbagai agensi untuk mempromosikan agensi masing-masing. Antara agensi lain yang terlibat termasuklah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Tabung Haji, Bomba dan lain-lain.
Pihak kami telah melakukan pelbagai aktiviti sepanjang program ini berlangsung. Antaranya adalah pameran mengenai Smart Service NADI, pendaftaran ahli baru NADI, saringan asas kesihatan, pendaftaran akaun ekelas, dan lain-lain lagi.
Secara keseluruhannya, penyertaan NADI dalam Program Keusahawanan di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Rengit telah memberikan pelbagai impak positif, bukan sahaja kepada promosi NADI Smart Service, tetapi juga dalam memperkenalkan pelbagai perkhidmatan lain yang amat bermanfaat kepada komuniti setempat. Sambutan yang diterima amat menggalakkan, dan kami berbesar hati dapat berkongsi maklumat mengenai NADI. Diharapkan usaha sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk memperkukuhkan hubungan dengan masyarakat sekaligus menyumbang kepada pembangunan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: