dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Parit Othman, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Jelajah Orang Johor (JOJ) 2025 bagi DUN Semarang

7 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Program Jelajah Orang Johor (JOJ) merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang bertujuan untuk mendekati masyarakat secara langsung melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti di peringkat akar umbi. Program ini memberi ruang kepada wakil rakyat dan agensi berkaitan untuk menyantuni masyarakat serta menyalurkan pelbagai bentuk perkhidmatan awam secara terus, selaras dengan usaha memperkasakan penyampaian maklumat dan kemudahan kepada rakyat. Selain itu, JOJ turut berperanan sebagai platform memperkukuh kerjasama komuniti melalui penglibatan pelbagai pihak. Inisiatif ini juga menyokong usaha kerajaan dalam memupuk gaya hidup sihat, celik teknologi dan keterlibatan aktif masyarakat melalui penganjuran aktiviti seperti pameran, bengkel, pertandingan serta aktiviti kekeluargaan.

NADI Kampung Haji Ghaffar menjadi salah satu lokasi pelaksanaan program Program Jelajah Orang Johor (JOJ) 2025 bagi DUN Semarang pada Ahad, 6 Julai 2025. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan dan mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat. Penyertaan NADI dalam program ini merupakan antara usaha untuk memperkenalkan inisiatif yang memberi akses kepada kemudahan digital dan maklumat secara lebih efisien kepada komuniti serta perkhidmatan yang ditawarkan, khususnya Perkhidmatan Pintar. NADI sekitar termasuk NADI Parit Othman, NADI Rengit Indah, NADI Taman Nira, NADI Salleh Ros, NADI Seri Wangi dan NADI Sungai Nibong turut turun padang bersama-sama dalam menjalankan program tersebut.

Turut hadir memeriahkan program ialah YB Datuk Haji Samsolbari bin Jamali, Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor, yang turut menzahirkan penghargaan terhadap peranan NADI dalam memperkukuh hubungan antara teknologi, maklumat dan masyarakat setempat.

Antara aktiviti yang dijalankan di NADI Hj Ghaafar pada hari itu termasuklah pendaftaran MyDigital ID, aktiviti mewarna bersama keluarga, saringan asas kesihatan, taklimat Kempen Internat Selamat, pertandingan eSukan, dan lain-lain lagi. Diharapkan program seperti ini mampu menyumbang impak positif kepada golongan sasaran dan sekaligus menjadi alat promosi kepada penubuhan NADI ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2025 Semua Hakcipta Terpelihara.