dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Parit Othman, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

E-SUKAN : INTRODUCTION TO CONCEPTUAL DESIGN

28 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Ogos 2025 yang lalu, pihak Perkhidmatan Pintar NADI dibawah E-SUKAN telah menganjurkan satu program iaitu Webinar: Introduction to Conceptual Design. Ia diadakan pada hari Sabtu, 23 Ogos 2025, bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet. Webinar ini dikendalikan oleh En. Faizal Hakimmy Husaini dan ia bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada asas reka bentuk konseptual.

Sepanjang sesi, peserta didedahkan dengan pelbagai pengisian menarik seperti mencipta watak mereka sendiri, perbincangan mengenai ‘Worlds, Colors & Final Design’, serta sesi rumusan bagi memberikan gambaran menyeluruh tentang konsep asas reka bentuk. Daripada NADI Parit Othman, seramai enam orang pelajar dari Sekolah Seri Maimon telah mengambil bahagian dalam webinar ini.

Para pelajar yang terlibat menyatakan rasa gembira dan berpuas hati kerana berpeluang menimba ilmu baharu dalam bidang reka bentuk kreatif. Mereka bukan sahaja mempelajari teknik asas, malah turut diberi peluang untuk mengasah kreativiti melalui aktiviti melakar dan menghasilkan rekaan mereka sendiri.

Secara keseluruhannya, webinar ini telah berjaya mencapai objektifnya dengan memberikan pengalaman pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Peserta dari NADI Parit Othman turut berharap agar lebih banyak program seumpama ini dapat dianjurkan pada masa akan datang bagi memperkukuh kemahiran kreatif dalam kalangan pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2025 Semua Hakcipta Terpelihara.