AI UNTUK RAKYAT ( MODUL : AI AWARE )
16 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniNADI Parit Othman baru-baru ini telah menganjurkan Program AI untuk Rakyat (Modul AI Aware) dan Kenali AI yang disertai oleh seramai sembilan orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Maimon. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal mengenai teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan penggunaannya dalam kehidupan seharian.
AI untuk Rakyat merupakan inisiatif kerajaan melalui Kementerian Digital yang menyediakan platform pembelajaran dalam talian percuma untuk memperkenalkan konsep dan asas AI kepada rakyat Malaysia. Program ini dibangunkan agar masyarakat dapat memahami potensi, manfaat, dan cabaran teknologi AI, seterusnya memupuk kesedaran tentang penggunaannya secara bertanggungjawab.
Sepanjang program, para pelajar telah mengikuti sesi pembelajaran dalam talian di portal rasmi AI untuk Rakyat, khususnya modul AI Aware. Setelah itu, mereka berbincang bersama rakan-rakan tentang pengetahuan baharu yang diperoleh, seperti definisi AI, contoh aplikasi dalam kehidupan harian, serta impaknya terhadap masa depan pekerjaan.
Selain itu, pelajar turut diajar cara menghasilkan surat kiriman rasmi menggunakan ChatGPT sebagai salah satu contoh aplikasi AI dalam penulisan. Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran mereka dalam menggunakan teknologi, malah mengasah kreativiti dan kemahiran komunikasi bertulis.
Pihak NADI Parit Othman mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan berharap pendedahan awal ini akan menjadi langkah permulaan bagi melahirkan generasi celik digital yang mampu memanfaatkan AI secara positif pada masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: