Perkhidmatan pintar Di NADI
30 September 2024 | Aktiviti TerkiniPusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), kini memperkenalkan pelbagai program baru melalui inisiatif perkhidmatan pintar atau Smart Service. Program-program ini direka untuk memberi manfaat kepada pelajar, usahawan, dan komuniti sekitar. Perkhidmatan pintar ini berpandukan kepada 5 teras utama iaitu:
1. Keusahawanan : Bertujuan untuk melahirkan usahawan yang berdaya saing dan lestari. Program dibina untuk membantu usahawan dalam mendapatkan bimbingan, latihan, menyemai pemikiran & minat keusahawan serta memberikan pentauliahan mikro kepada para peserta.
2. Pembelajaran sepanjang hayat : Menyediakan platform bagi golongan yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan dan kemahiran.
3. Kesejahteraan kendiri : Merapatkan jurang pengetahuan berkenaan eKesihatan dan kesejahteraan kendiri.
4. Kesedaran : Mengawalselia kendiri serta menyedari batasan penggunaan internet dan media sosial.
5. Inisiatif kerajaan : Menyebarluaskan maklumat berkenaan inisiatif kerajaan yang terkini dan tepat.
Antara program yang bakal dijalankan adalah:
1) E-Tuisyen melalui program eKelas & DiLea : para pelajar berpeluang mengakses pelbagai bahan pembelajaran. Peserta boleh dapat markah PAJSK dengan menyertai program dan pertandingan yang dijalankan.
2) NADI x MAHIR : Kursus ini menawarkan pelbagai kemahiran praktikal seperti memasak, membaiki gajet, fotografi, jahitan, dan pertanian. Ia memberi peluang kepada peserta untuk mengasah bakat dan kemahiran yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.
3) NADI x TINY TECHIES : Aktiviti STEM yang dirancang untuk kanak-kanak ini merangsang minat mereka dalam sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik melalui permainan dan projek kreatif.
4) NADI x ESUKAN : Bagi peminat e-sukan, program ini menyediakan platform untuk berlatih dan bersaing di peringkat yang lebih tinggi.
5) NADI x Entrepreneur: Kursus ini menawarkan pelbagai program keusahawan seperti eKelas Keusahawanan, NADI-PRENUER, NADI-EMPOWHER, NADI-KIDVENTURE. Ia memberi peluang kepada usahawan untuk mempertingkatkan kemahiran keusahawanan.
6) NADI-SAFE & NADI-SHIELD : Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dalam talian.
7) NADI x Wellbeing : menyediakan saringan kesihatan asas seperti pemeriksaan tekanan darah, paras gula, dan BMI.
Semua program ini adalah percuma dan ia terbuka hanya kepada ahli NADI. Oleh itu, jika anda ingin mendapatkan manfaat daripada pelbagai inisiatif ini, jom sertai sebagai ahli NADI sekarang! Mari bersama-sama kita membina komuniti yang lebih berpengetahuan, berkemahiran dan proaktif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: