e-Learning : Tabiat pemakanan Haiwan
3 Ogos 2024 | Aktiviti Terkinie-Learning ; Tabiat pemakanan Haiwan merupakan topik utama yang dibawa untuk sesi pembelajaran Kelas ICT NADI Parit Othman pada sesi kali ini. Membincangkan mengenai 3 kategori tabiat pemakanan haiwan iaitu karnivor, herbivor dan Omnivor.
Pada awal sesi, para pelajar diminta untuk menonton bahan pembelajaran dari Youtube (Tabiat pemakanan haiwan dari akaun myGuru). Video ini menerangkan maksud kepada ketiga-tiga kategori dan memberi contoh untuk memudahkan pemahaman topik ini. Para pelajar diminta untuk bersama-sama berbincang mengenai topik tersebut.
Kelas diteruskan dengan pembelajaran asas coding melalui aplikasi Tynker. Para pelajar diajar untuk menyiapkan set projek mengenai tabiat pemakanan haiwan. Sesi pembelajaran termasuk mempelajari cara untuk memasukkan stage / gambar latar, actor / watak, perkataan, elemen dan lain-lain. Mereka diminta untuk mencari sendiri contoh haiwan untuk dimasukkan didalam kategori terbabit.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: