dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Parit Othman, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Matematik : Asas Darab

5 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 3 & 4 Mei 2024 yang lepas, NADI Parit Othman telah menganjurkan kelas Matematik mengenai asas darab. Oleh kerana separuh dari pelajar merupakan pelajar sekolah rendah bawah (darjah 1-3) maka kelas dimulakan dengan mengenalkan konsep asas darab itu sendiri. Mereka diberikan penerangan dan contoh bagi operasi darab untuk memudahkan pemahaman mereka. Bagi murid yang baru belajar topik ini, mereka dilihat mengalami sedikit kesukaran. Namun begitu, kesemua soalan yang diberi, mereka berjaya menjawab dengan betul.

Dikelas hari berikutnya, mereka diberikan latihan untuk menguji kefahaman dan mengalakkan mereka menghafal sifir-sifir asas melalui permainan dalam talian iaitu di abcya.com. Latihan permainan ini sangat membantu mereka untuk lebih memahami dan berlumba-lumba untuk mengumpul markah yang paling banyak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2024 Semua Hakcipta Terpelihara.