dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Parit Othman, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Webinar TinyTechies ; Future Skills For All – Micro:bit

28 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

Program Webinar TinyTechies: Future Skills For All - Micro:bit telah dijalankan pada 27 Disember 2024. Ia merupakan salah satu program di bawah inisiatif NADI Smart Service. Penyertaan adalah seramai 87 peserta daripada pelbagai pusat NADI seluruh Malaysia. NADI Parit Othman telah menghantar seramai 5orang peserta dan program ini dijalankan secara maya dengan mengunakan platform Microsoft Team.

Webinar ini memberi penekanan kepada aspek praktikal pembelajaran teknologi melalui beberapa aktiviti utama:
1) Memahami konsep input dan output: Dengan mengunakan haiwan sebagai contoh konsep, Peserta telah didedahkan kepada perbezaan input dan output, yang merupakan konsep penting dalam teknologi digital.

2) Pengenalan asas mikropengawal micro:bit: Sesi ini memperkenalkan komponen dan ciri utama papan micro:bit, memberikan kefahaman kepada peserta tentang cara pengunaanya.

3) Pembinaan blok atur cara: Peserta diajar untuk membina blok atur cara asas menggunakan platform makecode.microbit.org. Aktiviti ini memberikan gambaran sebenar kepada peserta cara untuk mengaplikasikan apa yang telah dipelajarinya.

4) Memasang peranti dan memuat turun fail atur cara: Peserta diajar cara memuat turun atur cara yang telah dibina ke papan micro:bit, lalu mencuba hasil ciptaan mereka secara praktikal.

Program ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan peserta tentang teknologi, tetapi turut menyumbang kepada pembangunan kemahiran insaniah seperti pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan kreatif. Peserta juga diberi peluang untuk meneroka potensi teknologi dalam kehidupan seharian, yang secara tidak langsung menggalakkan mereka untuk lebih berinovasi.

Webinar TinyTechies telah membuka peluang kepada peserta untuk memahami dunia teknologi dengan lebih dekat dan memberikan inspirasi kepada mereka untuk terus meneroka bidang ini. Melalui usaha berterusan NADI Smart Service, generasi masa kini akan lebih bersedia menghadapi cabaran teknologi global, sekaligus merealisasikan aspirasi negara ke arah masyarakat yang celik teknologi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.