Program Keushawanan Digital bersama Giatmara Parit Sulong
8 Mei 2023 | Aktiviti TerkiniSebuah program keusahawanan digital bersama Giatmara Parit Sulong telah dianjurkan, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Parit Othman. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk melatih pelajar Giatmara Parit Sulong dari Kursus Teknologi Sistem Komputer menceburi bidang pernigaan secara atas talian melalui Aplikasi E-dagang terkemuka di Malaysia iaitu “Tiktok Shop”.
Diantara perkara yang telah dikongsi kepada peserta ialah cara mendaftar akaun perniagaan di Tiktok Shop, cara memuat naik produk jualan, cara melakukan pemasaran dan cara menguruskan kedai di aplikasi berkenaan. Diharapkan dengan penyertaan para pelajar dalam program ini dapat membantu para pelajar Giatmara yang akan menamatkan pengajian tidak lama lagi untuk mempunyai sebuah perniagaan di aplikasi ini dan seterusnya dapat menambahkan pendapatan melalui perniagaan atas talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: