e-Learning: 5 Deria Manusia
5 November 2023 | Aktiviti TerkiniPada 4 November 2023, PEDi Parit Othman telah menjalankan kelas e-Learning: 5 Deria Bagi Manusia iaitu deria penglihatan, sentuhan, bau, rasa dan pendengaran. Sesi kelas ini telah mengunakan platform di dalam talian iaitu di www.e-learningforkids.org. Ia adalah merupakan salah satu aplikasi percuma yang menyediakan pembelajaran Matematik dan Sains asas untuk pelajar sekolah tadika sehingga tahun 6. Platform ini mengunakan sepenuhnya Bahasa Inggeris, ini secara tidak langsung, selain pelajar dapat mempelajari matapelajaran Sains, mereka turut dapat menambah serba sedikit kosa-kata dalam Bahasa Inggeris untuk kegunaan harian mereka.
Sesi kelas ini terbahagi kepada 4 sub-topik, iaitu (1) Match the Sense, (2) Pick the Right Body part, (3) True or False?, dan (4) Choose the Best Sense. Diakhir setiap topik ini, terdapat beberapa soalan kuiz disediakan untuk menguji kefahaman mereka. Mereka ditugaskan untuk menjawab kesemua soalan tersebut dan akhirnya sama-sama berbincang untuk mencari jawapan yang tepat.
Aktiviti ini dilihat dapat membawa beberapa impak fositif kepada para pelajar. Pendekatan belajar sambil bermain ini lebih memudahkan mereka untuk lebih memahami topik, menambah minat dan menghindarkan mereka dari cepat bosan. Aplikasi ini juga menyediakan sijil pemarkah yang diperolehi berdasarkan markah yang mereka perolehi didalam kuiz tersebut. Walaupun kebanyakkan dari mereka tidak berjaya mendapat betul pada keseluruhan soalan, namun jika dilihat secara keseluruhan, mereka semua berjaya memahami mengenai konsep dan fungsi kesemua 5 deria rasa manusia ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: