Kelas Asas Coding @ Scratch : Sprite, Background dan Animasi
10 November 2023 | Aktiviti TerkiniScratch adalah merupakan salah satu sumber pembelajaran asas bagi individu yang ingin mula untuk mempelajari ilmu Coding. Dengannya, penguna dapat membina pelbagai animasi, permainan dan karya kreatif yang lain. Proses pemrograman yang mudah dan ringkas amat sesuai untuk digunakan setiap peringkat umur. Pada 9 & 10 November 2023, Kelas ICT PEDi Othman telah menjalankan lagi Kelas Asas Coding dengan mengunakan Scratch.
Sebagai permulaan, kelas hari ini telah dimulai dengan pengenalan ciri-ciri penetapan Sprite dan Background. Sprite adalah objek yang dimasukkan dalam Scratch manakala background pula latar belakang didalam Scratch. Terdapat 4 pilihan dalam memilih Sprite dan Background ini iaitu memilih dari pilihan yang telah disediakan, melakar sendiri, meminta Scratch memilih secara rawak ataupun memuat naik fail sendiri dari peranti sendiri ke dalam aplikasi ini. Selepas selesai sesi tadi, peserta diajar cara membuat animasi bergerak dengan mengunakan pilihan Sprite dan background mereka.
Untuk ini, mereka diberikan pendedahan kepada ciri-ciri block tampilan (Look) dan kejadian (Event). Antara animasi yang mereka terokai untuk sesi kelas ini adalah, merubah warna & saiz sprite, membuat Sprite muncul dan hilang dan membuat pop-up percakapan pada Sprite. Untuk memastikan mereka memahami pembelajaran ini, mereka diarahkan untuk mencatit nota di Canva dan berkongsi mengenai pemahaman mereka sepanjang sesi kelas ini. . Diharap kelas ini mampu menarik lagi minat pelajar untuk menerokai kepelbagaian ilmu dalam bidang ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: