Online Business Card @ Beacons.ai
31 Disember 2023 | Aktiviti TerkiniPeserta ini mempunyai homestay keluarga yang diberi nama Seri Sentang Homestay. Sebelum ini, apabila pelanggan menanyakan mengenai pakej yang ditawarkan, mereka akan menghantar pesanan panjang didalam aplikasi WhatsApps sebagai maklum balas. Namun dengan adanya platform seperti Beacons.ai ini, ia membolehkan pengunanya memaparkan mengenai perkhidmatan mereka secara visual. Ia juga sering dikenali sebagai ‘Online Business Card’ bagi sesetengah pengunanya. Platform ini membolehkan mereka untuk mengabungkan pelbagai link berkaitan dalam satu pautan sahaja.
Kelas ini dimulakan dengan mencipta logo homestay dengan mengunakan platform Canva. Mengambil konsep yang ringkas tetapi menarik, peserta telah memilih putih sebagai latar kepada logo perniagaannya. Setelah selesai mencipta logo trsebut, kelas ini diteruskan dengan mencipta akaun Beacons.ai. Setelah hampir 2 jam kelas ini berlalu, akaun Beacons.ai peserta ini telah berjaya disiapkan. Antara maklumat yang dimasukkan didalam nya adalah nombor dihubungi, alamat beserta ‘Google maps’ homestay, senarai harga yang ditawarkan, fasiliti yang disediakan, lokasi tumpuan sekitar homestay dan gambar berkaitan sebagai lampiran. Diharapkan kelas ini mampu membawa serba sedikit impak positif kepada perniagaan peserta ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: