dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Parit Othman, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kuiz Program Apa Khabar NKF 2022

10 September 2022 | Aktiviti Terkini

National Kidney Foundation of Malaysia (NKF) atau Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan Kuiz sempena Program Apa Khabar NKF 2022. Kuiz ini berjalan selama 3 hari iaitu 9hb sehingga 11 September 2022. Penyertaan terbuka kepada komuniti seluruh Malaysia. PEDi Parit Othman menyambut baik program yang dijalankan ini. Kami turut membuat hebahan mengenai program ini. Di peringkat PEDi, selain membuat hebahan di mediasosial dan kami turut mengalakkan pengunjung yang datang ke PEDi untuk turut menyertai Kuiz tersebut.

Mereka berpeluang untuk mendapatkan hadiah menarik dari pihak NKF jika terpilih. Kuiz ini dijalankan secara maya iaitu melalui Google Document dan ia mempunyai 3bahagian yang terdiri dari pengetahuan dan kesedaran mengenai kesihatan buah pinggang dan kesihatan diri. Diharap program ini secara tidak langsung dapat memberi kesedaran mengenai penjagaan kesihatan kepada komuniti setempat. Kesihatan kita tiada ganti. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk sama-sama menjaga anugerah yang telah diberi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.