dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Parit Othman, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Sambutan Hari Kemerdekaan anjuran bersama Tadika Kemas dan PEDi Parit Othman.

22 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 tahun yang akan disambut nanti, Tadika Kemas Parit Othman bersama PEDi Parit Othman telah mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan. Sambutan ini telah dimulakan dengan acara menghias bangunan tadika dan PEDi dengan gantungan bendera secara gotong royong. Ia diharapkan dapat melahirkan suasana sambutan bulan kemerdekaan serta dapat memupuk hubungan baik antara kedua pihak.

Turut dijalankan, satu majlis ringkas untuk memeriahkan sambutan ini. Pada 21 Ogos yang lepas, seramai 20 orang peserta yang terdiri dari pelajar, tenaga pengajar dan pihak PEDi telah menyertainya. Majlis dimulakan dengan pengenalan Kemerdekaan dan tayangan video. Dimeriahkan juga dengan sesi menyanyikan lagu kebangsaan. Majlis ini telah diakhiri dengan aktiviti mewarna. Antara objektif program ini adalah untuk memupuk kesedaran dan menanamkan semangat patriotik serta semangat nasionalisme dalam diri setiap peserta. Diharap agar sambutan ini serba sedikit memberi impak positif kepada para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

>

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.