Kelas Asas Penulisan mengunakan Microsoft Word
6 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 05 Februari 2022, PEDi Parit Othman telah mengadakan Kelas Asas Penulisan mengunakan Microsoft Word. Peserta diberikan pendedahan mengenai asas pengunaan komputer dan cara-cara mengunakan Microsoft Word. Kelas pada hari ini memfokuskan mengenai cara memasukkan ‘table’ , menyusun ayat mengikut susunan abjad, dan menukar ‘style design’ pada tulisan mereka didalam Microsoft Word ini. Oleh sebab jumlah pelajar agak terhad, komunikasi antara pengajar dan peserta adalah tidak terbatas, sekali gus membantu peserta untuk lebih memahami pelajaran dan memupuk kemahiran komunikasi sesama mereka.
Diselitkan juga aktiviti mencari perkataan tersembunyi atau lebih dikenali sebagai ‘hidden word games’. Aktiviti ini dapat meningkatkan minat pelajar untuk belajar sambil bermain. Dengan mengunakan dalam versi Bahasa Inggeris, peserta juga diarah untuk mencari maksud dalam bahasa melayu dengan mengunakan ‘Google Translate’, yang mana secara tidak langsung dapat menambah koleksi tatabahasa Bahasa Inggeris mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: