Karnival Pengajian Tinggi Keluarga Malaysia
5 November 2022 | Aktiviti TerkiniKarnival Pengajian Tinggi telah berlangsung selama 2 hari (3-4November 2022) di MS Downtown Parit Sulong. Karnival ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bersama institut pengajian tinggi awam (IPTA), Hospital Pengajar Universiti (HPU) serta agensi-agensi lain yang bernaung di bawah payung KPT. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti pameran Jom Masuk IPT, demonstrasi STEM dan TVET, kursus pendek Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), pemeriksaan kesihatan dan gigi percuma, bicara kerohanian, persembahan kesenian dan kebudayaan serta pelbagai lagi. Karnival tersebut turut menganjurkan program CSR TVET PolyCC seperti khidmat gunting rambut dan servis asas motosikal secara percuma.
Pengunjung berpeluang untuk singgah ke Jualan Murah Keluarga Malaysia, gerai-gerai makanan dan produk IKS, pertunjukan motosikal, pertandingan mewarna kanak-kanak, senamrobik dan bermacam-macam lagi. Karnival ini turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan kesenian dan kebudayaan pelajar IPT, kuiz dan cabutan bertuah, demonstrasi TVET dan STEM, serta sesi perkongsian bermanfaat berkaitan pendidikan tinggi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: