dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Parit Othman, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)

16 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Program Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) ialah sebuah program yang di jalankan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan tujuan untuk menggalakan rakyat Malaysia terutamanya kepada golongan B40 untuk mempunyai sijil perniagaan yang sah dengan cara pendaftaran secara percuma, program ini adalah penambahan daripada skim pendaftaran perniagaan percuma kepada pelajar pengajian tinggi. Berikut adalah golongan mereka yang layak untuk mendaftar di skim ini:

KATEGORI USAHAWAN GOLONGAN B40
(a) Pemegang MyKad/MyPR;
(b) Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
(c) Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Bagi Golongan B40. (Semakan boleh dibuat di https://bpn.hasil.gov.my/); dan
(d) Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

KATEGORI PELAJAR IPTA/S
(a) Pemegang MyKad/MyPR;
(b) Wargenagara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
(c) Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara; dan
(d) Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

Pemohon yang layak boleh mengemukakan permohonan secara atas talian melalui Portal EzBiz Online di pautan ezbiz.ssm.com.my.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.