dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Parit Othman, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Bulan Kesedaran ICT_MIV3

12 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Sempena Program MIV bersama komuniti yang telah dianjurkan oleh pihak MCMC, pihak PEDi Parit Othman menjalankan kempen Bulan Kesedaran ICT_MIV3 di peringkat komuniti sekitar. Kempen ini akan dijalankan bermula bulan Julai sehingga hujung bulan September 2022. Kempen ini dijalankan oleh 3orang sukarelawan yang terdiri dari komuniti sekitar PEDi Parit Othman. Antara golongan sasaran yang menjadi ‘audience’ untuk program ini adalah yang terdiri daripada golongan guru, penjaga, usahawan setempat, pelajar sekolah dan institusi pengajaran tinggi serta komuniti sekitar .

Antara pengisian sepanjang kempen ini adalah berkongsi mengenai ilmu yang berkait dengan ICT dan pengenalan mengenai PEDi melalui hebahan di akaun media sosial (secara online) dan juga melalui hebahan ‘face – to face’ antara sukarelawaan bersama komuniti (offline).

Program diperingkat PEDi Parit Othman telah dimulakan dengan sesi pembincangan oleh para sukarelawan mengenai pelan bagi menjayakan kempen ini. Dimulakan dengan pembahagian tugas bagi setiap peserta dan ia diikuti dengan menyiapkan bahan hebahan. Diharap agar kempen ini serba sedikit memberi impak positif kepada golongan sasaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

>

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.