Permohonan Tapak Untuk Bazar Ramadhan bagi Daerah Batu Pahat
28 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniMajlis Perbandaran Batu Pahat telah membuka permohonan untuk tapak bazar niaga untuk bulan Ramadhan bagi kawasan yang berada dalam lingkungan daerah Batu pahat termasuklah kawasan bazar niaga yang berdekatan dengan Pusat Ekonomi Digital Komuniti Parit Othman iaitu Di Taman Sri Sulong dan di kawasan Tongkang Pechah. Pada tahun ini, Majlis Perbandaran telah membuat inisiatif dengan memperkenalkan Permit Jualan Ramadhan di Rumah di mana peniaga di benarkan untuk berniaga juadah makanan dari rumah sahaja disebabkan oleh S.O.P untuk membuka tapak perniagaan yang menghadkan jumlah tapak di bazar ramadhan.Oleh itu, mana-mana ahli komuniti di sekitar Pusat Ekonomi Digital Komuniti Parit Othman yang berminat sama ada untuk berniaga di tapak bazar ramadhan ataupun inigin memohon Permit Jualan Dari Rumah boleh merujuk kepada jadual pada gambar di bawah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: