Program Cegah Dadah PEDi bersama AADK
19 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniProgram Cegah Dadah adalah program yang dijalankan oleh PEDi dan juga pihak Agensi Anti dadah Kebangsaan AADK. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para remaja dan juga ibu-bapa mengenai risiko dan kesan terhadap penyalah gunaan barang terlarang “Dadah” seperti Methaphetamine, Syabu dan lain-lain lagi. Pihak AADK turut menasihatkan agar golongan belia yang di berumur 19-39 tahun agar sentiasa berhati-hati untuk tidak terjerumus dalam kancah ini kerana mereka adalah golongan yang paling ramai terjerumus kedalam kancah penyalahgunaan Dadah. Mengikut Statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Anti-dadah Kebangsaan, pada tahun 2014 terdapat seramai 15,986 golongan belia yang terjerumus kedalam penyalahgunaan Dadah dan jumlah ini meningkat pada tahun 2019 iaitu seramai 18,986 orang. Peningkatan ini berada pada tahap yang membimbangkan, dan diharapkan semua pihak samada Kerajaan ataupun pertububuhan bukan kerajaan “NGO” mengambil serius pada isu ini agar ianya tidak berlarutan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: