Gobok Rakyat Johor
12 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniGobok Rakyat Johor dengan peruntukan RM8 juta dan dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 100,000 ribu rakyat yang terkesan merupakan salah satu inisiatif yang diumumkan oleh YAB Menteri Besar, Dato’ Haji Hasni Mohammad dalam Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0.
Program ini diselaraskan oleh semua Pejabat Daerah dan menyasarkan kepada golongan asnaf, fakir, B40 dan M40 atau yang terputus bekalan makanan dan barangan keperluan.
Mereka yang terkesan boleh mengambil makanan atau barangan keperluan yang disediakan di pusat-pusat Gobok Rakyat Johor mengikut daerah masing-masing.
Gobok Rakyat Johor dibuka pada golongan berkenaan pada 11 Julai 2021 (Ahad) hingga suatu tarikh yang akan diumumkan kelak. Waktu operasi bermula dari 8.30 pagi - 5.00 petang dan dibuka pada setiap hari.
Mana-mana individu dan keluarga dari Komuniti di sekitar Pusat Ekonomi Digital Komuniti Parit Othman yang tidak berkemampuan dan memerlukan bantuan bekalan makanan dan barang keperluan boleh mengunjungi lokasi pada gambar di bawah di mana lokasi yang paling berhampiran ada lah di Kompleks Penghulu Mukim Simpang Kiri yang terletak di Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: