Kursus Latihan Pengendali Makanan
14 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniPada 13 March 2020 Pusat Ekonomi Digital Parit Othman dengan kerjasama NB Food Specialist Centre telah mengadakan Kursus Latihan Pengendalian Makanan dan telah menjemput komuniti di sekitar Parlimen Parit Sulong yang mahu memulakan perniagan makanan untuk hadir ke kursus tersebut. Antara-antara aktiviti yang dilakukan oleh NB Food Specialist Centre adalah cara mengendalikan perniagaan makanan dengan betul iaitu cara penyediaan dan penjagaan makanan agar tidak terdedah dengan risiko kepada para pembeli.
Disamping itu juga, para peserta telah didedahkan dengan cara menjaga kebersihan diri serta premis seperti cara meembasuh tangan yang betul dan teratur. Program ini bertujuan untuk melayakkan mereka mendapat sijil pengendalian makanan yang sah dan seterusnya melayakkan mereka membuka perniagaan makanan mereka. Diharapkan program ini akan memberi manfaat kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan perniagaan makanan yang baru mereka ceburi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: