dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Parit Othman, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

TIED Digital Marketing – A Hands-On Approach

22 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 dan 21 Jun yang lalu, program TIED Training bersama-sama pihak UNIMAS telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Parit Othman. Program ini khas diadakan untuk kesemua PI Maxis kluster Johor. Program ini diadakan dibawah Technopreneurship, Innovation and Enterprise Development (TIED) Program dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Program kali ini bertajuk Digital Marketing – A Hands-On Approach bertujuan untuk mendedahkan para Pengurus PI mengenai pengiklanan digital. Antara modul-modul yang diajar sepanjang program selama 2 hari ini adalah Social Media Marketing, Search Engine Optimization (SEO), Paid Search dan lain-lain lagi. Pada penghujung program latihan ini, para peserta telah diminta untuk membentangkan hasil tugasan mereka kepada para fasilitator.

Program yang berlangsung selama 2 hari ini telah dihadiri seramai 14 orang Pengurus dan Penolong Pengurus daripada 7 Pusat Ekonomi Digital daripada kluster Johor. Seramai 3 orang fasilitator daripada pihak UNIMAS juga telah terlibat dengan penyampaian modul-modul di dalam program ini. Semoga ilmu yang diperoleh daripada program ini dapat dipergunakan sebaik-baiknya oleh para peserta di masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.