TIED – Second Year Annual Refresher Workshop
26 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 24 dan 25 Januari yang lalu, program TIED Training bersama-sama pihak UNIMAS telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Parit Othman. Program ini khas diadakan untuk kesemua Pi1M Maxis kluster Johor. Program ini diadakan dibawah Technopreneurship, Innovation and Enterprise Development (TIED) Program dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Program kali ini bertajuk Second Year Annual Refresher Workshop bertujuan untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari oleh para Pengurus dan Penolong Pengurus sepanjang tahun kedua program latihan TIED berlangsung. Program yang berlangsung selama 2 hari ini telah dihadiri seramai 14 orang Pengurus dan Penolong Pengurus daripada 7 Pusat Ekonomi Digital daripada kluster Johor. Seramai 2 orang fasilitator telah terlibat dengan penyampaian modul-modul di dalam program ini. Semoga ilmu yang diperoleh daripada program ini dapat dipergunakan sebaik-baiknya oleh para peserta di masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: