dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Parit Othman, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Hari Terbuka PI Parit Othman

31 Disember 2017 | Aktiviti Terkini

Tahun 2017 bagi PI Parit Othman telah ditutup dengan penganjuran Hari Terbuka PI Parit Othman pada 30 Disember yang lalu. Program yang dianjurkan di kawasan PI ini telah dihadiri seramai 150 orang pengunjung yang terdiri daripada penduduk di kawasan Kampung Parit Othman. Pada hari tersebut, terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti, Pertandingan Timbang Bola, Pertandingan Mewarna Digital, Pertandingan Cabaran Menaip Pantas dan Pertandingan Puzzle Digital.

Pada program ini juga, terdapat aktviti lain seperti Pemeriksaan Kesihatan oleh Skuad Operasi Sihat (SOS) dan juga jualan barangan kosmetik daripada pihak AVON. Program ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Parit Sulong, Dato’Dr. Noraini binti Ahmad yang telah merasmikan program pada hari tersebut bersama-sama wakil daripada SprintzDesigns, Maxis dan juga MCMC. Semoga program yang berlangsung daripada pukul 8 pagi hingga 2 petang ini mampu merapatkan hubungan di antara PI dan juga komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.