dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Parit Othman, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Taklimat Advokasi di Giatmara Parit Sulong Batu Pahat, Johor

05 Mei 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Mei 2017, pukul 11 pagi hingga 1 tengahhari, Taklimat Advokasi oleh PI Parit Othman dan PI Teluk Rimba telah diadakan di Giatmara Parit Sulong Batu Pahat, Johor. Seramai 150 orang peserta telah menghadiri taklimat yang diadakan. Para peserta diberi penerangan yang jelas tentang 4 modul iaitu hak dan tanggungjawab warga digital, maklumat palsu, online grooming dan e-waste.

Selain daripada taklimat yang dijalankan, para peserta juga telah diberikan soalan-soalan kuiz untuk dijawab oleh peserta selepas penerangan diberikan. Program yang dianjurkan oleh PI Parit Othman ini bertujuan untuk mendidik para peserta untuk menjadi individu yang lebih bertanggungjawab terutamanya di internet.

Walaubagaimanapun, taklimat yang diadakan di giatmara parit sulong mendapat sambutan dan kerjasama yang baik dikalangan belia dan pengurusan di giatmara. Pengurusan di giatmara amat mengalu-alukan taklimat seperti yang diadakan ini di masa akan datang kelak untuk kebaikan bersama. Diharapkan kepada semua peserta yang hadir pada hari taklimat tersebut dapat berkongsi ilmu terutamanya dengan masyarakat sekeliling agar ilmu yang disampaikan bermanfaat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.